Wednesday, 22 August 2012

Baju Raya Saya tahun ini

SAMMBoB

Dalam gambar ini , saya seorang . Saya memakai tudung panjang(shawl) dan brooch untuk mencantikkan diri. Saya mengambil gambar ini di rumah saudara saya bila hari raya pertama.Saya memilih baju ini kerana  ia unik .Tahun tahun yang lepas , saya memakai baju kurung atau kebaya jadi saya memilih ini kerana mahu cuba yang baru . Saya membeli baju ini dengan ibu saya . Inilah baju raya saya!

Jenis-jenis baju etnik di Singapura



Baju Kurung Moden



Cheongsam Pendek





Cheongsam Panjang


Sari


Kebaya Panjang


Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi jenis Undangan

Daripada: farhana@budaya.com
kepada: adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Pencemaran Undangan Minggu Permainan Tradisional


  Adlin ,
saya sudah menerima e-mel anda pada dua hari yang lalu . Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan kamu sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekeloh Menengah OceanView . Dengan berbesar hati , saya menerima undangan anda . Berikut adalah perincian ceramah saya .


   Pertama , ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam , saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu . Saya akan berkongsi dengan menunjukkan demonstrasi kepada murid-murid itu .


    Selanjutnya , saya akan mengadakan sesi demonstrasi . Saya akan menunjukkan kepada mereka cara-cara untuk bermain permainan tradisional. Saya juga akan memanggil beberapa orang murid untuk mencuba bermain permainan itu . Dengan ini , murid-murid akan berasa seronok.


    Terakhir sekali , saya memerlukan peralatan seperti gasing dan tali untuk permainan gasing , papan congkak dan guli untuk permainan congkak. Saya juga memerlukan meja untuk meletakkan papan congkak. Saya juga perlu hadiah kerana saya akan mengadakan pertandingan mini untuk para pelajar . Terakhir sekali , peralatan yang saya perlukan ialah komputer riba dan mikrofon .


    Saya berharap melalui ceramah saya ini , ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu . Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti .


           Terima Kasih.
            Yang Benar ,
            Puan Farhana.

Thursday, 26 July 2012

ADA APA PADA GAMBAR 2



Orang yang terlibat dalam gambar ini adalah budak budak sekolah . Kemungkinan ini adalah para pelajar dalam sekolah. Mereka sedang bermain congkak . Seorang budak yang berrambut pendek sedang bermain manakala budak perempuan yang di hadapan nya sedang menunggu gilirannya untuk bermain. Kawan mereka yang lain sedang memerhatikan bagaimana pelajar perempuan itu bermain . Mereka sedang bermain congkak kerana mereka bosan ataupun mahu cuba bermain congkak . Mungkin ia waktu Hari Keharmonian Kaum dan guru guru mereka menggalakkan mereka untuk bermain congkak dan mempunyai pengalaman bermain congkak . Mereka bermain ini di sekolah , congkak sepatutnya bermain di atas lantai dan mereka sedang melalkukan cara betul . Mereka bermain congkak bila Hari Keharmonian Kaum . Mereka bermain secara baik .

Permainan Dahulu dan Sekarang

Permainan tradisonal menarikBerikan pendapat kamu.

Permainan tradisional menarik bagi saya ialah Chapteh . Saya rasa ini menarik kerana sebagai seorang perempuan saya tidak tahu bagaimana hendak bermain Chapteh . Dengan bermain Chapteh buat pertama kali , ia sungguh mencabar dan saya tidak tahu bagaimana untuk melambung Chapteh itu . Lama kelamaan saya dapat tahu bagaimana untuk bermain Chapteh itu walaupun saya tidak sehandal budak lelaki . Ini juga menarik kerana saya dapat mempelajari cara-cara untuk mencampak Chapteh itu dan melambung nya . .

Permainan yang saya suka 

Permainan yang saya suka ialah congkak . Walaupun ia mainan dahulu , ia sungguh seronok . Saya selalu bermain bersama saudara-mara pada waktu lapang kami. Saya belajar bermain ini apabila saya masih kecil lagi . Saya diajar oleh ibu saya bagaimana untuk bermain congkak . Congkak sungguh menarik ! Saya suka bermain congkak pada waktu lapang saya . Saya mempunyi papan congkak di rumah . Saya selalu bermain bersama adik dan ibu saya . Kami akan  bersaing satu sama lain dan pemenang akan dapat makan ice cream dan orang yang kalah akan belanja kita makan ice cream !
Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di
    kalangan pelajar.


Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu adalah , Cikgu cikgu melayu boleh mengadakan permainan tradisional dengan kelas mereka . Cara-cara yang lain ialah cikgu melayu boleh mengadakan sesi bermain permainan tradisional bersama seluruh menengah dua(kohort) . Ibubapa juga harus menggalakan anak anak mereka untuk bermain permainan tradisional seperti Chapteh , Congkak dan pelbagai-bagai lagi . Dengan cara ini , para pelajar dapat memegang permainan tradisional hingga ke generasi lain . Saya harap dengan cara-cara ini , pelajar generasi ini dapat memegang budaya ini hingga ke generasi lain .


TERIMA KASIH :)


Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan







Kebersihan amatlah penting untuk mencegah nyamuk Aedes . Kita tidak patut membuang sampah merata tempat kerana nyamuk akan datang cepat untuk membiak di situ . Nyamuk tidak heran untuk membiak di air bertakung atau sampah sarap . Kita mestilah membersihkan tempat rumah seketiran setiap hari supaya nyamuk tidak akan datang untuk membiak . Jika rumah kita berdekatan dengan longkang , kita juga harus membuang air atau sampah yang ada di dalam lonkgang . Selepas hujan , air akan bertakung di dalam longkang . Ketika itulah nyamuk akan datang untuk membiak dan ketika itulah kita patut membuang air yang di dalam longkang itu supaya nyamuk tidak akan membiak . Kita mesti jaga kebersihan sekitaran untuk menjamin kebahagian diri sendiri dan keluarga . Selamat untuk diri dan keluarga . Jadi , jagalah kebersihan sekitaran !

Cara-cara kita boleh menecegah demam denggi .

Cara-cara untuk mencegah nyamuk Aedes adalah :-
Dengan ada nyamuk Aedes di dunia ini , sudah tentu kita hendak mencegah daripada sakit demam denggi. Cara-cara untuk mencegah adalah , kita harus membuang air yang tidak digunakan dari alas pokok atau tempat lain yang ada air bertakung . Kita juga harus tukar air dari pasu bunga yang hidup setiap 3 hari . Kita mesti menutup lubang jemuran supaya nyamuk tidak akan membiak di situ . Kita mesti menjaga kebersihan sekeliling kita . Jangan membuang sampah merata-rata kerana nyamuk akan membiak tidak kira di sampah-sampah sarap ataupun dalam air yang bertakung. Jika harus menyimpan air di dalam bekas , masukkan ubat nyamuk tiga bulan sekali . Itulah cara-cara untuk mencegah nyamuk Aedes . Harap-harap dengan cara ini , kami boleh mengelak daripada demam denggi .