Wednesday, 22 August 2012

Baju Raya Saya tahun ini

SAMMBoB

Dalam gambar ini , saya seorang . Saya memakai tudung panjang(shawl) dan brooch untuk mencantikkan diri. Saya mengambil gambar ini di rumah saudara saya bila hari raya pertama.Saya memilih baju ini kerana  ia unik .Tahun tahun yang lepas , saya memakai baju kurung atau kebaya jadi saya memilih ini kerana mahu cuba yang baru . Saya membeli baju ini dengan ibu saya . Inilah baju raya saya!

Jenis-jenis baju etnik di Singapura



Baju Kurung Moden



Cheongsam Pendek





Cheongsam Panjang


Sari


Kebaya Panjang


Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi jenis Undangan

Daripada: farhana@budaya.com
kepada: adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Pencemaran Undangan Minggu Permainan Tradisional


  Adlin ,
saya sudah menerima e-mel anda pada dua hari yang lalu . Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan kamu sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekeloh Menengah OceanView . Dengan berbesar hati , saya menerima undangan anda . Berikut adalah perincian ceramah saya .


   Pertama , ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam , saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu . Saya akan berkongsi dengan menunjukkan demonstrasi kepada murid-murid itu .


    Selanjutnya , saya akan mengadakan sesi demonstrasi . Saya akan menunjukkan kepada mereka cara-cara untuk bermain permainan tradisional. Saya juga akan memanggil beberapa orang murid untuk mencuba bermain permainan itu . Dengan ini , murid-murid akan berasa seronok.


    Terakhir sekali , saya memerlukan peralatan seperti gasing dan tali untuk permainan gasing , papan congkak dan guli untuk permainan congkak. Saya juga memerlukan meja untuk meletakkan papan congkak. Saya juga perlu hadiah kerana saya akan mengadakan pertandingan mini untuk para pelajar . Terakhir sekali , peralatan yang saya perlukan ialah komputer riba dan mikrofon .


    Saya berharap melalui ceramah saya ini , ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu . Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti .


           Terima Kasih.
            Yang Benar ,
            Puan Farhana.

Thursday, 26 July 2012

ADA APA PADA GAMBAR 2



Orang yang terlibat dalam gambar ini adalah budak budak sekolah . Kemungkinan ini adalah para pelajar dalam sekolah. Mereka sedang bermain congkak . Seorang budak yang berrambut pendek sedang bermain manakala budak perempuan yang di hadapan nya sedang menunggu gilirannya untuk bermain. Kawan mereka yang lain sedang memerhatikan bagaimana pelajar perempuan itu bermain . Mereka sedang bermain congkak kerana mereka bosan ataupun mahu cuba bermain congkak . Mungkin ia waktu Hari Keharmonian Kaum dan guru guru mereka menggalakkan mereka untuk bermain congkak dan mempunyai pengalaman bermain congkak . Mereka bermain ini di sekolah , congkak sepatutnya bermain di atas lantai dan mereka sedang melalkukan cara betul . Mereka bermain congkak bila Hari Keharmonian Kaum . Mereka bermain secara baik .

Permainan Dahulu dan Sekarang

Permainan tradisonal menarikBerikan pendapat kamu.

Permainan tradisional menarik bagi saya ialah Chapteh . Saya rasa ini menarik kerana sebagai seorang perempuan saya tidak tahu bagaimana hendak bermain Chapteh . Dengan bermain Chapteh buat pertama kali , ia sungguh mencabar dan saya tidak tahu bagaimana untuk melambung Chapteh itu . Lama kelamaan saya dapat tahu bagaimana untuk bermain Chapteh itu walaupun saya tidak sehandal budak lelaki . Ini juga menarik kerana saya dapat mempelajari cara-cara untuk mencampak Chapteh itu dan melambung nya . .

Permainan yang saya suka 

Permainan yang saya suka ialah congkak . Walaupun ia mainan dahulu , ia sungguh seronok . Saya selalu bermain bersama saudara-mara pada waktu lapang kami. Saya belajar bermain ini apabila saya masih kecil lagi . Saya diajar oleh ibu saya bagaimana untuk bermain congkak . Congkak sungguh menarik ! Saya suka bermain congkak pada waktu lapang saya . Saya mempunyi papan congkak di rumah . Saya selalu bermain bersama adik dan ibu saya . Kami akan  bersaing satu sama lain dan pemenang akan dapat makan ice cream dan orang yang kalah akan belanja kita makan ice cream !
Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di
    kalangan pelajar.


Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu adalah , Cikgu cikgu melayu boleh mengadakan permainan tradisional dengan kelas mereka . Cara-cara yang lain ialah cikgu melayu boleh mengadakan sesi bermain permainan tradisional bersama seluruh menengah dua(kohort) . Ibubapa juga harus menggalakan anak anak mereka untuk bermain permainan tradisional seperti Chapteh , Congkak dan pelbagai-bagai lagi . Dengan cara ini , para pelajar dapat memegang permainan tradisional hingga ke generasi lain . Saya harap dengan cara-cara ini , pelajar generasi ini dapat memegang budaya ini hingga ke generasi lain .


TERIMA KASIH :)


Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan







Kebersihan amatlah penting untuk mencegah nyamuk Aedes . Kita tidak patut membuang sampah merata tempat kerana nyamuk akan datang cepat untuk membiak di situ . Nyamuk tidak heran untuk membiak di air bertakung atau sampah sarap . Kita mestilah membersihkan tempat rumah seketiran setiap hari supaya nyamuk tidak akan datang untuk membiak . Jika rumah kita berdekatan dengan longkang , kita juga harus membuang air atau sampah yang ada di dalam lonkgang . Selepas hujan , air akan bertakung di dalam longkang . Ketika itulah nyamuk akan datang untuk membiak dan ketika itulah kita patut membuang air yang di dalam longkang itu supaya nyamuk tidak akan membiak . Kita mesti jaga kebersihan sekitaran untuk menjamin kebahagian diri sendiri dan keluarga . Selamat untuk diri dan keluarga . Jadi , jagalah kebersihan sekitaran !

Cara-cara kita boleh menecegah demam denggi .

Cara-cara untuk mencegah nyamuk Aedes adalah :-
Dengan ada nyamuk Aedes di dunia ini , sudah tentu kita hendak mencegah daripada sakit demam denggi. Cara-cara untuk mencegah adalah , kita harus membuang air yang tidak digunakan dari alas pokok atau tempat lain yang ada air bertakung . Kita juga harus tukar air dari pasu bunga yang hidup setiap 3 hari . Kita mesti menutup lubang jemuran supaya nyamuk tidak akan membiak di situ . Kita mesti menjaga kebersihan sekeliling kita . Jangan membuang sampah merata-rata kerana nyamuk akan membiak tidak kira di sampah-sampah sarap ataupun dalam air yang bertakung. Jika harus menyimpan air di dalam bekas , masukkan ubat nyamuk tiga bulan sekali . Itulah cara-cara untuk mencegah nyamuk Aedes . Harap-harap dengan cara ini , kami boleh mengelak daripada demam denggi .

Aku seekor nyamuk Aedes .

Aku seekor nyamuk Aedes , aku suka mengisap darah manusia . Aku suka mencari mangsa pada waktu pagi dan senja. Badanku berwarna hitam dan putih , aku berbeza dari nyamuk lain . Aku membiak di dalam air bertakung dan air yang jernih . Tidak kisah di dalam rumah atau luar rumah . Aku boleh membiak  dalam 2-3 minggu ataupun 25 hari . Ramai manusia tidak suka aku kerana aku boleh menyebabkan mereka sakit denggi . Aku dilahirkan dari sebiji telur dan membesar menjadi jentik-jentik sehingga lah aku menjadi nyamuk dewasa Aedes . Ayahku mengawan ibuku dan lepas itu , ayahku akan perlahan-lahan mati . Itulah aku , seekor nyamuk Aedes .

Tuesday, 17 April 2012

Peribahasa Menengah 2


Pada pendapat saya , belajar peribahasa boleh menyeronkkan. Kita patut belajar peribahasa dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah warisan kita . Saya akan cuba untuk menghafal peribahasa yang diberi oleh cikgu . Bila saya sudah menghafal peribahasa itu semua , saya akan berusaha untuk memakai peribahasa pada seharian saya .

Lagu kegemaran saya ! :)

Inilah lagu kegemaran saya . Lagu ini sungguh rancak dan jalan lagu nya sungguh sedap . Itu sebabnya saya sangat suka lagu ini .

Wednesday, 21 March 2012










Mereka ialah One Direction dan mereka adalah idola saya !! <3 Lagu-lagu yang mereka menyanyikan sungguh sedap dan saya suka sangat-sangat dengan lagu-lagu mereka . Mereka adalah kumpulan remaja yang paling popular di kalangan remaja-remaja seperti kami , terutama sekali kalangan perempuan. Itu sebab-sebabnya saya suka kumpulan One Direction ini.

Ada apa pada gambar?


  • Siapakah yang terlibat dalam gambar itu?
  • Orang yang sedang membuat persembahan di Museum Bukit Chandu itu .
  • Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
  • Orang-orang itu sedang membuat persembahan kepada orang yang datang untuk melihat persembahan.
  • Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Untuk menarik perhatian orang-orang yang datang di museum itu .
  • Di mana perkara itu dilakukan?
  • Di Museum Bukit Chandu .
  • Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Pada waktu sekolah ketika mereka mengadakan darmawisata .
  • Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Dengan berlakon secara serius dan dengan betul .
  • Perasaan watak-watak?
  • Gembira dan serius.
  • Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Menarik . Jika saya dapat pergi ke sana sudah tentu ia akan jadi seronok .
  • Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
  • Saya pelajari tentang sejarah-sejarah lama dengan melihat gambar itu .
  • Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
  • Dengan mencari sejarah-sejarah yang berfaedah untuk sekolah .

    Filem Klasik 2


  • Siapakah yang terlibat dalam klip video itu?
  • Abang Ipar , Kakak dan isteri nya.
  • Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
  • Mereka sedang bercakap tentang lelaki yang berpakai topi itu yang telah bercerai dengan isteri nya.
  • Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Kerana lelaki yang berpakai topi itu datang ke rumah kakak nya untuk menumpang di rumah nya.
  • Di mana perkara itu dilakukan?
  • Di luar rumah .
  • Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Pada waktu petang , ketika dia sedang mengunjungi rumah kakaknya .
  • Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Abang ipar nya sedang menggergaji kayu sambil berbual dengan adik iparnya.
  • Perasaan watak-watak?
  • Lelaki yang  memakai topi itu kelihatan marah apabila dia bercakap tentang hal lain , abang iparnya berjawab tentang lain .
  • Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Lucu .
  • Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
  • Saya harus bersabar kepada orang-orang yang tidak boleh dengar dengan betul .
  • Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
  • Saya harus bersabar apabila menghapadi sembarang kesusahan .

    Tuesday, 20 March 2012

    Filem Klasik (:


    


  • Siapakah yang terlibat dalam klip video itu?

  • Dalam klip video ini , S.Shamsuddin dan Aziz Satar yang terlibat dalam klip ini .


  • Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?

  • Mereka sedang mengira duit yang mereka telah curi dari istana raja .


  • Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?

  • Mereka hendak membahagikan duit-duit dan harta itu antara dua .



  • Di mana perkara itu dilakukan?

  • Di dalam gua .


  • Bila perkara/kelakuan itu berlaku?

  • Pada waktu malam.


  • Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?

  • Secara bersembunyi kerana mereka ialah pencuri/penyamun yang telah mencuri harta raja.


  • Perasaan watak-watak?

  • Aziz berasa marah kerana S.Shamsuddin tidak tahu mengira duit . S.Shamsuddin berasa gembira kerana dia dapat membahagikan duit itu .


  • Perasaan kamu mengenai adegan itu?

  • Ia sungguh lucu kerana s.shamsuddin megikut kata Aziz apabila dia tidak tahu nombor selepas 3.


  • Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?

  • Saya pelajari yang saya harus pandai mengira . Dan jangan mencuri harta orang .


  • Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?

  • Jangan mengambil harta orang dengan tidak meminta izin daripada orang itu .

    Wednesday, 18 January 2012

    Me ! :)

    Ini ialah gambar saya bersama saudara saya , Hasinah . Gambar ini diambil ketika kami berkeluar bersama . Kami berkeluar bersama pada "eve" tahun baru . Kami ghairah kerana itu ialah pertama kali kami menyambut tahun baru di luar .

    Selamat Datang ke Lelaman Blog Nafiah



    Hi ! Salam Sejahtera semua ! Nama saya Nor Nafiah . Saya bersekolah di Sekolah Menengah Springfield . Saya berumur 14 tahun . Aku hanya ingin berkongsi pengalaman seharian saya . Saya berharap dengan menulis blog ini , saya dapat membaiki penulisan saya dalam Bahasa Melayu . Komen atau pendapat rakan-rakan saya amat saya hargai .