Wednesday, 22 August 2012

Baju Raya Saya tahun ini

SAMMBoB

Dalam gambar ini , saya seorang . Saya memakai tudung panjang(shawl) dan brooch untuk mencantikkan diri. Saya mengambil gambar ini di rumah saudara saya bila hari raya pertama.Saya memilih baju ini kerana  ia unik .Tahun tahun yang lepas , saya memakai baju kurung atau kebaya jadi saya memilih ini kerana mahu cuba yang baru . Saya membeli baju ini dengan ibu saya . Inilah baju raya saya!

Jenis-jenis baju etnik di Singapura



Baju Kurung Moden



Cheongsam Pendek





Cheongsam Panjang


Sari


Kebaya Panjang


Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi jenis Undangan

Daripada: farhana@budaya.com
kepada: adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Pencemaran Undangan Minggu Permainan Tradisional


  Adlin ,
saya sudah menerima e-mel anda pada dua hari yang lalu . Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan kamu sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekeloh Menengah OceanView . Dengan berbesar hati , saya menerima undangan anda . Berikut adalah perincian ceramah saya .


   Pertama , ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam , saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu . Saya akan berkongsi dengan menunjukkan demonstrasi kepada murid-murid itu .


    Selanjutnya , saya akan mengadakan sesi demonstrasi . Saya akan menunjukkan kepada mereka cara-cara untuk bermain permainan tradisional. Saya juga akan memanggil beberapa orang murid untuk mencuba bermain permainan itu . Dengan ini , murid-murid akan berasa seronok.


    Terakhir sekali , saya memerlukan peralatan seperti gasing dan tali untuk permainan gasing , papan congkak dan guli untuk permainan congkak. Saya juga memerlukan meja untuk meletakkan papan congkak. Saya juga perlu hadiah kerana saya akan mengadakan pertandingan mini untuk para pelajar . Terakhir sekali , peralatan yang saya perlukan ialah komputer riba dan mikrofon .


    Saya berharap melalui ceramah saya ini , ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu . Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti .


           Terima Kasih.
            Yang Benar ,
            Puan Farhana.